Ahad, Mei 20, 2012
   
Saiz Tulisan

Sedang Online

Kami ada 15 tetamu online

SIARAN LANGSUNG KULIAH MAGHRIB SETIAP SELASA JAM 7.30 MALAM


www.tvmakmur.com

Laman PAS Kuala Krau

Perutusan Hari Guru 2012

hari guru

Assalamualaikum,

Sempena sambutan hari guru 2012, Parti Islam Semalaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan dan penghargaan kepada semua guru di atas segala pengorbanan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Guru merupakan golongan yang paling penting dalam pembangunan sasabuah negara. Bahkan Islam mengiktiraf peranan guru sebagai murabbi.


Quran menegaskan betapa tingkatan taraf kemanusiaan diangkat oleh Allah melalui dua unsur iaitu keimanan dan keilmuan. FirmanNya " sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu dengan beberapa darjat".

Keimanan dan keilmuan adalah dua eleman utama manusia diangkat darjat oleh Allah. Benarlah kata kata Saidina Ali bilamana ditanya manakah yang kamu inginkan antara harta dan ilmu. Lalu jawab Saidina. Ali Aku akan mengambil ilmu, bilamana ditanya kenapa ia memilih ilmu lalu jawab Saidina Ali " sesungguhnya orang yang ada ilmu boleh mencari harta , tetapi mereka yang ada harta belum tentu mampu mencari ilmu. Ilmu telah disediakan tempat menyimpannya oleh Allah, sedangkan harta perlu mencari bekas untuk menyimpannya, biasanya orang yang mempunyai ilmu akan tawadduk, manakala manusia memiliki harta akan takabur.

Seorang guru inginkan muridnya berjaya lebih tinggi darinya, dan ia gembira bilamana muridnya berjaya, dan berdukacita bilamana muridnya gagal. Ia sanggup menghabiskan masa berjam jam mendidik muridnya, lebih dari masa ia mendidik anaknya.

Rasulullah s.a.w menjelaskan bilamana mati anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan  tiga, iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa dari anak yang soleh".  Persoalan ilmu yang bermanfaat menunjukkan kepada kita bagaimana tingginya  kedudukan guru yang mengajar ilmu pengetahuan di dunia dan akhirat. Lantaran itu  saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua guru dengan doa agar mereka sentiasa tabah, sabar dan berusaha membina generasi rabbani yang sentiasa dekat dengan Allah swt.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2012”

Sekian Wassalam

 

Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Malaysia

 

 

Bersih 3.0: Kadir kagum kawalan Unit Amal

Muhammad Faizal, 02 Mei 2012

 

KUALA LUMPUR, 2 Mei: Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) melahirkan rasa kagum dengan kecekapan pihak Unit Amal PAS mengawal ketenteraman sewaktu berlaku kekecohan pada Himpunan Bersih 3.0 pada sabtu lepas.

Beliau yang turut memberitahu bagaimana tindakan diambil oleh unit tersebut yang meminta agar peserta himpunan tidak terikut-ikut dengan provokasi yang dilakukan oleh pihak tertentu.

"Saya benar-benar kagum dengan kecekapan serta tindakan yang diambil oleh anggota Unit Amal dalam mengawal ketenteraman sewaktu berlaku kekecohan pada himpunan tersebut.

"Malah mereka juga bertindak mengingatkan agar peserta tidak memasuki perangkap yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membuat provokasi bagi mencetuskan huru hara," jelas bekas ahli majlis tertinggi Umno kepada Harakahdaily di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sewaktu sidang media.

Sebelum itu, pada satu sidang media yang sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut menyatakan anggota keselamatan dari Unit Amal PAS adalah yang terbaik dalam menjalankan tugas sewaktu himpunan itu.

Dalam pada itu, Abdul Kadir juga turut melahirkan rasa terkejut bagaimana rakyat yang begitu ramai dapat memasuki pusat bandaraya walaupun pelbagai halangan dilakukan oleh pihak berkuasa.

"Rakyat hadir untuk menuntut satu perkara sahaja iaitu pilihanraya adil dan telus, mereka dapatan berkumpul untuk menyatakan hak yang sepatutnya dilaksanakan olek kerajaan sebelum menjelangnya pilihanraya umum," sambung beliau.

Namum, beliau kesal apabila kerajaan tidak mengambil berat perkara tersebut tetapi menumpukan kepada isu tuduh menuduh yang belum pasti kesahihan kejadian sebenar.

Kalau kerajaan itu telus dan bertanggungjawab serta memanggil pihak Bersih untuk berbincang perkara yang sepatutnya diselesaikan dan bertindak mengikut apa yang dituntut agar perkara sedemikian tidak berulang lagi, katanya.

"Kerajaan perlu tumpukan kepada perkara-perkara pokok, rakyat tidak akan bangkit mendesak sesuatu perkara jika kerajaan dari dulu lagi mendengar apa yang mereka inginkan," tambahnya lagi.
   

Munasabah tuntut mansuh belajar sambil berhutang

BERITA

Mohd Azmi Abdul Hamid, 15 Apr 2012

 

Tuntutan pelajar untuk keluar dari bebanan belajar sambil berhutang dan belum sempat bekerja sudah dibeban dengan hutang sebelum bekerja pada pendirian Teras adalah munasabah.

 

 

Adalah sangat masuk akal,  pihak kerajaan sepatutnya menimbang tuntutan pelajar kerana jika difikirkan secara masak ,  pelajar  yang terpaksa berhutang demi menuntut ilmu dan menanggung hutang bila tamat belajar adalah suatu hal yang tidak rasional.



Teras berpendirian gerakan pelajar yang dicetuskan  untuk mendesak supaya dihapuskan PTPTN tidak harus dipandang ringan, apalagi melihatnya sebagai isu politik.



PTPTN paling tidak, telah melahirkan ratusan ribu malah jutaan anak muda yang berhutang sebelum mereka berpeluang berada dilapangan kerja.



Ini jelas adalah suatu keadaan yang tidak sihat jika negara ini tidak mahu dipenuhi graduan yang merupakan generasi berhutang yang akan menjejaskan kualiti hidup di negara ini.



Hutang di kalangan graduan yang mencecah berbilion ringgit sudah tentu akan menambahkan angka hutang domestik yang boleh menjejaskan ekonomi negara.


Teras melihat bahawa sepatutnya PTPTN yang walaupun dilihat oleh kerajaan  diperingkat awalnya, sebagai suatu jalan keluar kepada persoalan membiaya kos pendidikan tinggi yang berkesan, namun setelah didapati bebanan yang terpaksa ditanggung adalah tidak produktif dalam konteks mengangkat kualiti hidup rakyat, maka ia sepatutnya disemak semula dan jika melihat persoalan ini memang membebankan, maka ia perlu dimansuhkan.

Kami percaya pelajar yang menuntut agar PTPTN dimansuhkan bukan sahaja melihat beban hutang yang terpaksa ditanggung, akan tetapi juga kepada isu apakah kaedah mengikat pelajar dengan hutang untuk menyiapkan diri sebagai warga yang berilmu dan berketrampilan dapat membantu negara dalam jangka masa panjang.



Teras berpendapat amat penting kerajaan dan seluruh pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam isu ini mendengar suara pelajar dengan hati terbuka dan mengadakan pendekatan yang membina untuk mencari jalan keluar kepada krisis hutang yang dipaksa ditanggung oleh pelajar.

 

Kami tidak dapat menerima pendapat bahawa isu ini hanya dilihat dari sudut yang sempit semata-mata iaitu kewajipan pelajar membayar hutang. Sementara hukum wajib membayar hutang tidak dipertikaikan, namun sistem yang sengaja mengikat pelajar berhutang untuk belajar adalah suatu yang tidak wajar.



Sesungguhnya isu yang disuarakan oleh pelajar melibatkan persoalan yang lebih luas iaitu bagaimana membangun suatu sistem yang bebas dari bebanan hutang tetapi dalam masa yang sama melahirkan generasi yang yang berilmu, bertanggungjawab dan produktif untuk membangunkan negara.



Adalah sangat dangkal untuk berpendapat bahawa tawaran yang dilontarkan oleh pihak Pakatan Rakyat dituduh hanya janji kosong dan dianggap di luar kemampuan kewangan negara, sedangkan pihak kerajaan yang sedia ada tidak dapat menjawab isu betapa ketirisan dan pembaziran serta kehilangan wang beratus juta ringgit akibat salah guna kuasa terus berlaku.



Bermakna pihak kerajaan tidak seharusnya berhujah dengan simplistik tanpa memberi cadangan balas yang konkrit bagaimana isu ini boleh diatasi dengan konkrit.



Sementara pihak Pakatan Rakyat perlu membuktikan ada kaedah yang lebih meyakinkan rakyat dan lebih baik untuk diketengahkan, pihak kerajaan perlu berhujah dengan kukuh kenapa sistem yang sedia ada perlu dipertahankan.

Teras menuntut agar isu ini dibahas dengan matang dan tidak dicampuradukan dengan isu persaingan politik.

 

Apa yang perlu ditumpukan ialah bagaimana nasib pelajar yang akan mengambilalih teraju kempimpinan negara dalam pelbagai sektor nanti ,akan bebas dari sistem yang bersifat perhambaan kepada hutang sepanjang hidup.


Penulis ialah Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

 

SUMBER : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9583-munasabah-tuntut-mansuh-belajar-sambil-berhutang

   

PAS dedah pelaburan FGVH di luar negara rugi


KUALA LUMPUR, 26 Mac:PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.

Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2009 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2010.

Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488.

"Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.

"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 se saham.

"Kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka -peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.

"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.

"RM235 bilion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?

"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya.

 

SUMBER : http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9102-pas-dedah-pelaburan-fgvh-di-luar-negara-rugi

   

Pemimpin ingkar perintah Allah perlu ditukar

AMPANG, 27 Feb: Pemimpin yang ingkar kepada Allah dengan tidak melaksanakan perintah Allah ke atasnya dan terhadap sistem pemerintahannya, tidak perlu diberikan pertimbangan lebih jauh lagi, melainkan perlu ditukar dengan pemimpin lain yang lebih baik daripadanya. 

Sekiranya pertukaran itu tidak dilakukan, ia pasti akan merosakkan sesebuah negara dan rakyatnya sehingga akan menyebabkan berlakunya pelbagai kepincangan dalam pelbagai aspek dalam negara terbabit. 

Pendakwah selebriti terkenal yang juga ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemimpin yang ingkar kepada Allah berbeza kedudukannya dengan pemimpin yang lembap atau 'slow'.

Menurutnya, pemimpin yang lembap, kurang bijak, kurang kecekapan, bertindak perlahan untuk kemajuan dan kebaikan negara atau negeri, tidak perlu ditukar. 

Katanya, sebaliknya bagi pemimpin lembap, mereka hanya perlu dibaiki agar berubah ke arah kebaikan bagi kepentingan agama,  tanah air dan seluruh rakyatnya.

"Keadaan itu samalah juga dengan kedudukan seseorang imam. Makmum memang kena ikut imam. Kalau imam itu baca perlahan, baca surah panjang-panjang, sabar sajalah. Tak perlulah tukar imam itu. 

"Kalau tak setuju dengan imam itu, pergi sajalah ke masjid atau surau lain," katanya ketika menjawab soalan peserta sama ada dalam konteks kepimpinan, perlu tukar pemimpin atau ubah pemimpin, pada program Bersama Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda PAS Terengganu di De Palma Hotel Ampang, dekat sini, semalam.   

Bagaimanapun, menurutnya, sekiranya seseorang imam itu merosakkan rukun sembahyang, imam tersebut perlu ditukarkan dengan imam lain yang lebih baik daripadanya. 

Katanya, begitu juga kedudukannya dengan imam yang sering melakukan maksiat, tidak melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, imam itu juga bukan lagi perlu diubah tetapi perlu ditukarkan dengan imam lain dengan segera.

"Perkara itu samalah juga dengan seseorang pemimpin yang sering melakukan maksiat, tidak melaksanakan perintah Allah dalam sistem pemerintahannya. 

"Pemimpin seperti itu jika tidak ditukar dengan pemimpin lain yang lebih baik daripadanya pasti akan lebih merosakkan lagi negara dan rakyatnya sehingga akhirnya akan menyebabkan negara itu musnah," tegasnya. 

Tugas menukar pemimpin yang tidak baik kepada yang lebih baik, tambahnya, tidak boleh dipandang ringan oleh setiap umat Islam kerana ia mempunyai kaitan secara langsung dengan tuntutan Allah ke atas setiap umat Islam agar sentiasa mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.  

Selain dari itu, pemimpin seperti itu juga perlu dibantu oleh sesama umat Islam lain demi kepentingan pemimpin itu sendiri dengan diberikan nasihat dan teguran kepadanya agar insaf dan bertaubat kepada Allah.

"Cara untuk memberikan nasihat dan teguran kepada pemimpin yang seperti itu adalah dengan menukarkannya dengan pemimpin lain yang lebih baik daripadanya. 

"Setelah kuasa tiada lagi di tangannya, barulah dia akan sedar dengan kesilapan dan kejahatannya sendiri selama ini. Dengan itu, barulah dia akan insaf dan bertaubat kepada Allah," tegasnya. 

Begitu juga halnya dengan pemandu yang mabuk, tambahnya lagi, yang bukan sahaja perlu ditukar segera dengan pemandu lain yang lebih baik daripadanya bagi kepentingan nyawa orang lain, tetapi juga untuk menegurnya supaya sedar dengan kesilapannya sendiri.

 

SUMBER DARI http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8396-pemimpin-ingkar-perintah-allah-perlu-ditukar-

   

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Dana PRU 13 PAS Pahang


MUAT TURUN BORANG DAN
MAKLUMAT LANJUT DI SINI

SEKITAR KUALA KRAU


KLIK Gambar Untuk Besarkan

Album

Undilah PAS